Isnin, 31 Januari 2011

~Joget Menanti Kasih~

Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu terpandang pandang

Chorus
Pergi tak disuruh, datang tak di minta
Andai sudah jodoh, Insyallah

Jenuh sudah merata mencari sirih
Mencari sirih bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kasih setia sepanjang hayat

Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sirih dicalit kapur
Sedap di pandangan manisnya di bibir
Apalah kasih andai tak jujur

~For The Rest Of my Life~

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And i'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed
When you came along..ooo...
And theres a couple words i want to say

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you..loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever i...I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when i think of you
And i ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength And i pray we're together in jannah
Now i find myself i feel so strong
Everything was changed when you came along..ooo..
And theres a couple word i want to say

I know that deep in my heart
Now that you're here
Infront of me i strongly feel love
And i have no doubt
And i'm singing loud that i'll love you eternally

Ahad, 30 Januari 2011

~Kenangan Kami~

mimi, ct, yus

Ni gambar kami bertiga. Kata orang tak baik bergambar 3 orang ni nanti salah sorang akan menderita?..entahlah. Semoga kami terus dalam lindungan Allah S.W.T..Amiin... Masa ni waktu pj, kitorang buat gerakan tarian lenggang kangkung guna muzik dari hp. Budak2 biasalah ada yang boleh buat ada yang tak boleh. Nak buat macam mana dah memang tahap diorang cam tu. Sebenarnya cantiktak cantik diorang buat tu tak penting asalkan murid2 boleh mendengar arahan untuk sama2 buat gerakan...hihi..cikgu buat pun macam hampeh aje...

Kenangan kami bertiga ni mungkin antara kenangan manis kami selama hampir 4 tahun bersama menerajui kelas pendidikan khas di Sk (f) Pasir Raja ni. Lepas2 ni kalau antara kami berpindah atas pelbagai alasan semoga kenangan antara kami bertiga akan terus kukuh di hati. Tak sanggup rasanya berpisah, namun setiap dari kami ada jalan masing2 yang perlu ditempuh. Kami harus terima dengan hati yang terbuka. Insyaallah...

Guru & anak murid

Ha..nilah anak murid kami. Ada 7 orang semuanya..Hikhik..macam dragon ball pulak!(ada 7 biji semuanya). Ada pelbagai kategori murid kami ni..ada slow learner, terencat akal ringan dan syndrome down. Tapi yang paling comel dan keletah adalah yang down2 ni (3 orang)..Layan budak2 ni memang kena sabar. Ada aje benda tak logik yang diorang buat untuk menguji kesabaran kita. Tapi kadang2 tu memang lucu sangat. Hati tengah duka pun boleh jadi ceria..tp depends tahap kenakalan budak lah..Murid2 kami ni memang kategori 'baik' kot..tu yang tak tension sangat ajar..

Tahun depan akan berkurang lagi..dalam3 orang yang akan ke sekolah menengah. Kalau takde yang masuk tahun depan maka tinggal 4 oranglah murid kami..dah tentunya cikgu akan keluar sorang. Siapa? aku ke?...huhu..SKPR..you're the best in my heart...Semoga andainya aku yang kena melangkah pergi biarlah aku mendapat tempat yang lebih baik dari sebelumnya..Amiin.....

~Riwayat Kelapa Tua~


Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah.Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak!
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan.Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"
Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.""Oh! Sedap ikan bawal ni."
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Hujan Lagi Hati ini....

Hahaha..propa aje tajuk tu..yg pastinya cuaca kat luar tu msh lagi hujan dengan lebatnye...masuk ni dah 3 hari berturut2 hujan tak henti. Kalau brhenti pun tak sampai stgh jam sambung lg hujan...Kalau macam ni alamatnya banjir la tmn anggerik ni...

Kejap aje dah petang. Tgh rendam ikan br kuar dari ice box...jap g nak masak. Emm..nak masak ape ek ptg ni. Tgh hari tadi tak makan tu yg perut dah mula berbunyi riang ni. Td rendam ikan bawal...wat sweet sour ajelah...layan gak tekak ni. Tapi otak ni asyik trngt nak makan cheezy wedges plak...yummy...dah lama tak makan. Nak ajak abng mkn kt luar ngah musim hujan ni mls plak nak kuar..Kang demam plak. Aku ni dah lah kalau demam teruk ya amat...siap tak leh bangun gitu.. baik elak kn dmam..satu keja pun tak leh nak buat.

Boring.............nak kol hubby, bateri hp dia kong plak...lapo..lapo...


Hehe...comel plak bendalah ni..SAHABAT...hurm...sahabat ni betul2 wujud masa kita bujang, bila dah kawin sahabat kita adalah pasangan kita, tempat kita luah segala masalah, perasaan, kasih sayang dan sebagainya..cuma bila kita ada masalah ngan pasangan kita barulah kita tercari2 insan lain untuk meluah masalah....semoga kita berjumpa dengan SAHABAT yang SEJATI ( Allah S.W.T)..

Sabtu, 29 Januari 2011

Pagi minggu yang sejuk..

Hurm....pagi2 lagi dah hujan..macam semalam jugak..lepas hubby g keje n smyg subuh ingat nak tido lagi, tp bila ingat kang rezki tak masuk tido pepagi cam ni trus sambung bc novel plak...Hari ni aku baca novel 'Sakitnya Sayang' tulisan Norhayati Berahim. Dia ni memang penulis popular...ayat2nye memang power. Isu nya selalu yang berat2. Pada sapa2 yang nak improve gaya bahasa dan ayat power bolehlah baca karya dia. Tp oleh krn topic novel ni berat skit so aku pun bc slow ajelah...sehari 2-3 page aje. Selalu tu bila aku baca novel yang tebal ni dalam 2 hari dah abis...Tapi novel ni aku dah bc sebelum ni(juz ulang baca) so aku tak payahlah gopoh sgt nak abiskan coz dah tau ceritanya cuma ingat2 lupa aje...

Hari ni boring la tak tau nak buat apa. Dah siap basuh baju, nak jemur takut ujan lagi. Ni pun mendung sgt da..tadi ujan  sikit. Nak jemur kat dlm umah tmpt jemuran dah penuh plak...jgn sampai takde baju nak pakai plak sudah..hehe..Nak kuar keta takde, hubby bwk g keje. Keta dia ada la tp aku tak berani bwk, dah sakit2 keta tu byk bunyi. Keta wira WKL 859 hubby ni byk sgt dah berjasa pada kami sejak dari belum kawin sampai la sekarang. Dulu masa aku kat maktab hubby la yang selalu amik dan hantar. Lepas kawin keta ni menjalar sampai ke Kedah dan Terengganu kami bawak melancong. Kl jgn cakap la..da memang asalnya pun dari sana kan...Ulang-alik dari Shah alam ke Johor dah kerap sgt (ms hubby blm pndah johor)...tu yang dah semput skit keta tu...

Sekarang ni dah ada Myvi aku ni alhamdulillah..boleh dah keta wira hubby tu rehat skit. Nak balik kg ke pahang tak la seksa sgt. Harap2 la keta myvi aku tu tahan lama. Kalau servis pun aku tetap hantar ke Perodua servis...mahal skit takpe janji elok...emmm...

Untukmu wanita...


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Saya Nak Jadi Kaya!


Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi
Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.
Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea.
Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..
TETAPI..
Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada  rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang. 
Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.
Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang.  Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"
Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yangdetermination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan.
Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya.
Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan.
Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.
Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat.
Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.
Saya suka melihat kerja kebajikan yang dilakukan Oprah Winfrey dan juga orang-orang yang melakukan kebajikan yang ditampilkan dalam talk show nya. Ya, saya tahu dia adalah Kristian dan pengkritik Islam, tapi saya rasa tidak salahkan saya mengagumi kebajikan yang dibuatnya? Tidak salah untuk saya mencontohi kebajikan yang dibuatnya.
Ayah saya selalu kata, "Sayang, dia bukan Islam. Sia-sia sahaja kebajikan yang dia buat," Kebajikan yang dibuat olah orang-orang kafir ini hanyalah bagai debu-debu yang berterbangan.
Firman Allah Taala:
"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" - Allail:8-11
Saya sungguh kagum melihat orang-orang yang kreatif dalam melakukan kebajikan, bukan hanya sekadar memberi cek palang dalam konsert-konsert amal, tetapi  membina dan mengubah kehidupan dan masa depan seseorang.
Dari sumbangan yang sedikit, mampu mengubah hidup ramai orang.
Saya ambil contoh Dr. Muhammad Yunus, penerima anugerah Noble, pengasas Grameen Bank di Bangladesh.
Formula yang digunakan sungguh mudah, iaitu dengan memberikan pinjaman mikro tanpa bunga bagi golongan ibu-ibu untuk memulakan perniagaan ini adalah keran dia sedar masalah kemiskinan di Bangladesh adalah akibat pinjaman mengenakan bunga yang tinggi. Pinjaman yang diberikan sungguh kecil, cuma sebagai modal perniagaan, bukan untuk menyara hidup.
Pada permulaannya, dia hanya memberikan US$27 dari poketnya sendiri kepada 42 orang wanita.  Apabila perniagaan mereka sudah membuahkan hasil, mereka perlu memulangkan pinjaman mereka. Anak-anak mereka juga dipastikan mendapat pendidikan formal. Untuk lebih maklumat mengenai Dr. Mohamed Yunus, boleh klik di sini.
Seorang lagi lelaki yang membuatkan saya kagum ialah John Wood, mengasaskan programRoom To Read.
Lelaki ini sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka di Microsoft semata-mata untuk menolong anak-anak Nepal yang tiada kaitan dengannya. Semuanya bermula dengan pengembaraannya ke kawasan pedalaman Nepal.
Apabila melihat anak-anak kecil di sini bersekolah tanpa buku, dia berjanji akan kembali dengan buku-buku. Dia pulang ke US dan mula mengumpulkan buku-buku untuk menunaikan janjinya.
Dia kemudian kembali ke Nepal dengan buku untuk anak-anak ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Microsoft bagi menumpukan kepada kerja kebajikannya dan menubuhkan Room to Read.
Mungkin bagi orang ramai keputusannya adalah gila, tetapi katanya, "I'm feel great". Kini mereka sudah membina 5600 perpustakaan di negara-negara membangun seperti Nepal, Kemboja, India dan Vietnam.
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda:
"Tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." - AlBukhari dan Muslim
Saya sungguh kagum dengan orang-orang seperti mereka ini dan saya ingin menjadi seperti mereka. Saya tidak mahu hidup menjadi seseorang yang tidak memberikan sumbangan kepada orang lain.
Saya merasakan kita masih kekurangan dermawan yang kreatif di Malaysia khususnya dan dalam agama Islam amnya.  Namun begitu, jika direnung kembali, semua ini sudah ada dalam konsep zakat, takaful iaitu konsep tolong menolong sesama kita.
Alangkah baiknya seandainya kita menjadi seperti sewaktu pemerintahan khalifah Umar dulu, semua yang mampu mengeluarkan zakat sehingga tiada orang yang layak menerima zakat.
Penerima zakat pula seharusnya sedar bahawa zakat diberikan supaya mereka dapat memperbaiki hidup mereka, bukan hanya untuk dituntut setiap bulan di pusat zakat.
Sebagai konklusi, saya ingin mengajak semua supaya menjadi kaya. Bukan sekadar kaya harta sahaja, kaya pahala juga. 
Jadilah orang kaya yang sedar bahawa harta itu hanyalah pinjaman, bukan hak milik kita yang mutlak.
Dunia ini adalah ladang untuk akhirat, maka sedaya upayalah kita menanam pelbagai pohon agar kita dapat merasai nikmatnya di akhirat kelak.
Kini saya punya impian untuk mengubah nasib orang, sama ada yang saya kenal atau tidak. Saya telah mula menyusun strategi untuk melakukan sesuatu buat bangsa saya, terutama sekali untuk agama saya.
Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang memberi impak kepada seseorang atau sesebuah keluarga sebelum saya menutup mata.
Semoga Allah sentiasa bersama dan meredhai niat saya ini.
Wallahualam~