Isnin, 30 April 2012

Sakit hati, geram dan marah dengan orang-orang Malaysia yang tak tahu menghargai keamanan yang dikecapi selama ini. Apa lagi yang tak cukup?...yang tak puas hati diorang selama hidup kat negara ini?. Diorang tak cukup makan ke?...tak dapat pegi sekolah ke?...tak ade kerja ke?...atau yang paling penting bagi yang beragama islam, diorang ni tak dapat nak tunaikan solat dengan aman ke selama hidup kat negara ini?.

Kalau jawapan diorang adalah tak, so kenapa diorang still nak buat huru-hara kat negara ni. kalau diorang tak suka dengan pemerintahan kat negara ni, diorang boleh cari negara lain yang boleh bagi apa yang diorang nak. Tak payah tercongok kat negara ni lagi. Tak payah nak tiru macam apa yang berlaku dekat Pelestin. Kat sana mereka terpaksa buat macam tu sebab hak mereka ditindas sampai diorang tak boleh nak sekolah, tanah mereka dirampas, anak beranak ataupun keluarga diorang dibunuh dengan kejam, susah nak beribadah dengan aman, tak cukup makan dan sebagainya. Dan yang paling penting diorang kat Palestin tu berperang dan merusuh dengan 'orang kafir laknat', yang kita kat Malaysia ni, orang islam boleh geng dengan kafir laknat ni untuk jatuhkan orang melayu islam sendiri'. Tak ke bangang namanya. Kita tak boleh buat macam ni sebab keadaan yang berlaku di negara kita 100% tak sama.

Tak terfikir ke diorang apa yang diorang cetuskan ini mungkin boleh  menggugat keamanan negara dan mungkin juga boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan yang lebih besar. kalau lah ini berterusan berlaku apa akan jadi dengan generasi masa akan datang.Tak kesian ke pada anak-anak kita kelak yang akan menerima kesan buruk dari sikap 'tak berotak' orang dewasa sekarang.

Atas kepentingan politik dan dendam, orang macam 'AI' (ke Syaitan?) sanggup buat apa saja termasuk menggadaikan keamanan negara. Dia juga sanggup gadaikan bangsa dan agama untuk meraih sokongan bangsa  lain yang layak digelar 'bangsat'. Dan para 'Si Bodoh' yang berbangsa 'Melayu' dan mungkin beragama islam nilah yang jadi 'beruk' terkinja-kinja menjahanamkan harta benda awam dan menyeru kepada perpecahan. Yang sedihnya ada golongan ahli agama yang sanggup bersekongkol dengan petualang bangsa dan agama ni untuk jatuhkan negara kita. Aku memang cukup pelik dengan diorang ni. Mengaku alim tak tinggal sembahyang tapi masih buat benda bodoh macam ni. Adakah islam menganjurkan keganansan dan saling menghina antara satu sama lain?...tapi itulah yang disajikan oleh golongan yang menggunakan topeng agama untuk mencapai matlamat.

Memang betullah kata-kata yang tertulis dalam lirik lagu nasyid yang berjudul 'Pengaduan kepada tuhan' yang mana ada liriknya menyebut...' Tuhan yang paling menakutkan, NabiMu pernah bersabda, di akhir zaman yang paling jahat, ulama yang memandang dunia, tabiatnya busuk bak bau bangkai, siapa yang tercium kan mati jiwanya'.


Kalau ada sesiapa yang pernah tengok kat youtube kes sorang nyonya (bangsa Cina) ni maki wartawan bangsa Inggeris dengan bahasa kasar dan biadap masa perhimpunan bersih(sebenarnya najis!), last-last terdiam bila wartawan tu balas balik kata-kata dia dengan bahasa melayu yang fasih " SAYA ORANG ISLAM, SAYA TINGGAL DI SINI, ISTERI SAYA ORANG MALAYSIA...JANGAN BIADAP!!" terus dia terdiam. Tapi yang kat belakang nyonya tu yang berbangsa Melayu macam takde otak langsung tak terkesan hati diorang bila orang yang seagama dengan dia dicaci. Memang melayu yang kat belakang nyonya tu Bodoh!!!...tau mengikut orang aje, tanpa boleh fikir sendiri benda yang dia buat tu betul atau tidak. Atau mungkin orang melayu kat belakang nyonya tu bukan islam, tak tahulah kan...

Bila orang Indon bakar bendera kita, takde siapa pun yang berani nak buat tunjuk perasaan macam tu, diam menikus. Tapi bila bab politik bodoh macam ni boleh pulak semua nak bersatu tak kira bangsa. tapi yang tak sedapnya bersatu untuk menjatuhkan bangsa Melayu dan Islam terutamanya. Sedih sangat. Kalau bangsa lain yang nak hina bangsa dan agama kita logiklah jugak, tapi bila bangsa sendiri buat rasa macam sakit sangat hati. Pernah jugak terfikir kenapa lah polis tak tembak aje tali barut bangsa yang buat onar tu biar mati terus. Time tu baru diorang tu tahu sama ada diorang mati SYAHID atau mati KATAK!.

Ya Allah selamatkanlah bangsa, agama dan negaraku!...Wallahualam.
(Sekadar meluah perasaan tanpa ada niat nak berpolitik, hanya nak MALAYSIA ku terus aman dan sentosa.Maaf atas kelancangan bahasa sebab terlebih emosi....inilah caranya aku nak meluah perasaan mengamuk kat blog sendiri...tak payah rosakkan harta benda awam dan mencederakan fizikal orang lain, kalau emosi korang tercalar sebab komen aku maaf dihulur, tak berniat melukakan sesiapa...)