Sabtu, 14 Mei 2011

~Sukan Sekolah~

Teks juruacara sukan sekolah akan diupload kemudian sbb puas aku cari kertas yang aku dah print tp blm jumpa lagi..ada tu..biasalah bila kita cari memang tak jumpa..

Yangdlm laptop pya dah hilang coz laptop sekolah buat hal dulu semua hilang. nasib baik salinan masa majlis ada tapi..ni ngah hilang sekejap..kang klu ada aku upload key...

P/s: Malas nak emailkan contoh teks juruacara mjlis kat kawan2 yg tanya...so korang boleh amik sendiri kat blog aku key..lagipun memang aku nak kongsi ilmu yang seciput ni kat kawan2..kesian tgk kwn2 yang selalu pening lalat bila kn jd mc(samalah macam aku dulu2 n sekarang jugak...) so pandai2lah korang edit ikut kesesuaian majlis korang.

~TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA SKPR 2010 ~

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA SKPR 2010

ALU-ALUAN:
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM W.B.T
YG BERUSAHA, 
EN A RAHIM BIN ABDUL ( GURU BESAR SK PASIR RAJA)
YANG DIHORMATI,
EN. IDRIS BIN ZAKARIA  (PENOLONG KANAN 1)
EN . JAAFAR BIN MASUAN ( PENOLONG KANAN HEM,)
EN . JOHAN@ABD RAHMAN BIN SURADEI (PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.)
RAKAN-RAKAN GURU , DAN MURID-MURID SEKALIAN…
ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,KERANA DI PAGI YG BERBAHAGIA DAN CERIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA BAGI TAHUN 2010.
SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM ,KEMPEN BULAN MEMBACA TELAH DIMULAKAN SEJAK TAHUN 1972. KEMUNCAK KEPADA KEMPEN TERSEBUT IALAH PENGISTIHARAN TAHUN 1988 SEBAGAI TAHUN MEMBACA. PADA SETIAP TAHUN PULA DIADAKAN KEMPEN BULAN MEMBACA  IAITU BULAN JULAI BULAN MEMBACA.

NYANYIAN  3 LAGU WAJIB
SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT HADIRIN SEKALIAN UNTUK BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU, LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH.
.............................
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN 3 BUAH LAGU ITU TADI.

BACAAN DOA
BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, DIJEMPUT  USTAZ KHAIRUL HELMI BIN KATIP UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN........

AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

UCAPAN PENYELARAS PROGRAM

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK LAILATUL AKHMA BT ABD MALEK, PENYELARAS PROGRAM KEMPEN MEMBACA SK PASIR RAJA 2010,  UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

..........................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIK LAILATUL AKHMA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

UCAPAN PENGERUSI
MAJLIS SETERUSNYA MEMPERSILAKAN EN IDRIS BIN ZAKARIA (GURU PENOLONG KANAN 1) MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MAJLIS PERASMIAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA 2010 .DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
...........................
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN IDRIS BIN ZAKARIA DI ATAS UCAPANNYA ITU TADI.

UCAPAN PERASMIAN (GB)
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN TN. GURU BESAR SK PASIR RAJA, EN. A. RAHIM BIN ABDUL UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA 2010. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN TUAN.

........................................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI.



PROGRAM 5 MINIT MEMBACA

HADIRIN SEKALIAN, ATURCARA DITERUSKAN LAGI DENGAN  PROGRAM 5 MINIT MEMBACA. UNTUK ITU DIJEMPUT

 ADIK.......................... ...........................................

DARI TAHUN.........................................................................................

DENGAN TAJUK PETIKAN CERITA.................................................................................

DIPERSILAKAN.

...............................................


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK............................................................

SETERUSNYA, DIJEMPUT

ADIK.....................................................................................

DARI TAHUN...........................................................................

TAJUK PETIKAN CERITA........................................................

 DIPERSILAKAN...

..............................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK............................................................


NYANYIAN ( LAGU TEMA KEMPEN) DAN PENUTUP


DENGAN BERAKHIRNYA PERSEMBAHAN MEMBACA 5 MINIT ITU TADI, MAKA SEMPURNALAH SUDAH MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA 2010.

SEBELUM KITA MENGAKHIRI MAJLIS PADA PAGI  INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI SEKALI LAGI UNTUK MENYANYIKAN LAGU TEMA BAGI KEMPEN BULAN MEMBACA PADA TAHUN INI IAITU “ MEMBACA GAYA WAWASAN”.
SEBAGAI PENGAKHIR KATA ..................
BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN
BUKU ADALAH PINTU DUNIA KESERONOKAN
BUKU ADALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN
BUKU ADALAH SAHABAT,AYUH MARI MEMBACA TERUS MEMBACA
MEMBACA ,BELAJAR,MENUNTUT DAN BERGURU SEPATUTNYA TIDAK PERNAH TERHENTI SEHINGGA NYAWA KITA TERHENTI.
DENGAN INI KITA AKHIRI MAJLIS KITA DENGAN MEMBACA TASBIH KIFARAH DAN SURAH AL-ASR .


 (MURID MASUK KE KELAS MENGIKUT BARISAN)








~Teks juruacara Hari Anugerah Kecemerlang SKPR 2010~

Teks Pengacaraan Hari Anugerah Cemerlang 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera, Salam satu malaysia, Salam ukhwah mahabbah...
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Yang Berbahagia,En..................................................................................),
Yang Berusaha, En. A.Rahim Bin Abdul, Guru Besar SK LKTP Pasir Raja,
Yang Berusaha, En. Aris Bin Mohd.Nor, Yang Dipertua P.I.B.G,
Yang Dihormati, En. .................................................................................................................., Pengurus FELDA Pasir Raja.
Kami selaku wakil pihak majlis pada hari ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat Khususnya Yang Berbahagia................................................................... kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada pagi  ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, dilimpahi barakah bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah Kebangsaan LKTP Pasir Raja Tahun 2010. Hari ini, tanggal 19 November 2010, kita semua akan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah pada tahun ini.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar serta beberapa anugerah khas yang lain. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri para pelajar ini.

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada Yang Esa bersama wakil kita pada hari ini iaitu Yang Mulia Ustaz.......................................................... . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.
Bacaan doa....
Terima kasih diatas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini diberkati hendaknya segala hasrat yang direncana insyaallah.
Hadirin dan hadirat sekalian, agenda majlis kita pada hari ini diteruskan dengan ucaptama daripada yang berusaha, En. Aris bin Mohd. Noor, selaku YDP PIBG Sk LKTP Pasir Raja..Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan YDP PIBG...........

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En mohd.Aris bin mohd. Noor selaku YDP PIBG SK LKTP Pasir Raja.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha En. A. Rahim Bin Abdul, Guru Besar SK LKTP Pasir Raja bagi menyampaikan sepatah dua kata, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Ucapan GB..................

Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang diluahkan tadi menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama

Aturcara majlis seterusnya dengan berbesar hati mempersilakan
Yang Berbahagia, En..............................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................., bagi menyampaikan ucapannya sekaligus menyempurnakan perasmian ‘Majlis Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 ~UCAPAN PERASMIAN~
Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Ismail bin Dahlan selaku tetamu jemputan khas majlis pada hari ini.
PANTUN: Indah budi kerna jasa,
   Indah manusia kerna bahasa,
   Budimu tuan tidak dilupa,
   Semoga bahagia melimpah berkatNya....
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kami kepada Yang Berbahagia, En.Ismail bin Dahlan kerana telah sudi hadir dan menyerikan lagi acara perasmian ‘‘Majlis Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput
Yang Berusaha En. A.Rahim bin Abdul, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pasir Raja diiringi oleh Yang Berusaha, En. Mohamad Aris bin Mohamed Noor, Yang Dipertua P.I.B.G untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan agenda.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Ismail bin Dahlan untuk menerima tanda penghargaan daripada pihak majlis...dipersilakan.
~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. A.Rahim Bin Abdul, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pasir Raja dan Yang Berusaha En. Mohamad Aris Bin Mohamed Noor, Yang Dipertua P.I.B.G kerana telah sudi menyempurnakan acara penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin sekelian,

Majlis kita ketika ini akan diserikan dengan persembahan istimewa yang akan dipersembahkan oleh kumpulan murid daripada Tahun 6. Mereka akan menyampaikan dua buah lagu yang bertajuk 1.................................................................................................................................................................2................................................................................................................................................................Majlis dengan sukacitanya mempersilakan...
~NYANYIAN~
Begitulah asyiknya persembahan daripada murid-murid tahuni 6 itu tadi. Persembahan menarik itu tadi adalah di bawah pimpinan Cik Rajifah binti Jailan.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah Sekelian, Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua calon yang telah berjaya mencatat kecemerlangan saban tahun ini untuk menerima anugerah masing-masing. Bagi memenuhi impian calon-calon ini, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan...................................................................................................................................................................................................................................................................................................
bagi menyempurnakan acara Penyampaian Hadiah Pencapaian Akademik Terbaik 2010.
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada .......................................................................... kerana sudi menyempurnakan agenda sebentar tadi.
Seterusnya, akan disampaikan pula hadiah bagi Pencapaian Matapelajaran Terbaik dalam Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini. Dengan ini dijemput ...................................................................................... bagi menyampaikan anugerah ini. ini. Dengan ini majlis menjemput 1..................................................................................................................................................................................
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ...................................................... kerana telah sudi menyampaikan anugerah bagi kategori ini.
Selain daripada hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, pihak sekolah juga turut menyediakan hadiah dan penghargaan kepada murid-murid yang telah banyak membantu para guru dalam melicinkan lagi pentadbiran sekolah iaitu terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua-Ketua Kelas. Mereka ini digambarkan sebagai mata, telinga dan tangan kiri kepada para guru di sekolah ini. Bagi menyempurnakan  acara ini , majlis dengan berbesar hati menjemput.........................................................................
.....................................................................................untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil-sijil penghargaan.
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Majlis  dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian ..................................... kerana menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan itu tadi.
Seterusnya majlis dengan sukacita mengajak hadirin-hadirat sekelian untuk bersama-sama menyaksikan
~PERSEMBAHAN~
Persembahan yang begitu mengasyikkan itu tadi adalah di bawah kelolaan............................................................................................................
Warga dewan sekelian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus tauladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ianya akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas yang telah disusun, pihak majlis pada hari ini berbesar hati mempersilakan .......................................................................... untuk naik ke pentas.
 -Lampiran akhlak mulia thp 1-
 Tahniah diucapkan kepada adik....................
-Lampiran akhlak mulia thp 2-
Adalah diharapkan kedua-dua anak ini dapat menjadi contoh kepada murid-murid yang lain...insyaAllah...
 -Lampiran anugerah khas ko-kurikulum....
 -Lampiran Pencapaian istimewa....
 -Lampiran murid contoh.....
Hadirin sekelian, Seramai ............ orang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R) tahun ini. Oleh yang demikian, pihak majlis sukacitanya mempersilakan murid-murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah sekaligus mengukir kejayaan dalam diari hidup masing-masing.
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Pihak majlis sekali lagi menyusun ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia, En. Zakaria B. Ismail kerana telah sudi menyampaikan anugerah-anugerah ini.

PANTUN: Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan....
Bagi meneruskan acara kita pada petang ini, pihak majlis seterusnya mempersilakan murid-murid daripada Tahun 6 sekali lagi mempersembahkan.............................................................
Majlis dengan ini mempersembahkan......
~PERSEMBAHAN~
Persembahan itu tadi merupakan hasil sentuhan kreatif ........................................................ Pihak majlis juga turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih dengan persembahan yang begitu menghiburkan itu tadi. Dengan berakhirnya alunan koir itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik......................

~Teks juruacara mjlis smbutan aidilfitri sekolah~

Assalamualaikum w.b.t....
Yg berusaha..
guru besar sk lktp pasir raja, En A. Rahim bin Abdul(gb xde ms nih..dsbut- klu gb ada)
Yg dihormati ..
Gpk 1 :  en.idris bin zakaria
Gpk hem : en. Jaafar bin masuan
Gpk koko: en johan @ abd rahman bin suradei
Guru2 dan murid2 sekalian.
Majlis sambutan aidilfitri 2010 peringkat sk lktp pasir raja pada pagi ini akan dimulakan dengan bacaan berzanji  oleh ....................................................................................................................
..................................................................................................................................................dan diikuti dengan marhaban. Dipersilakan...
.......................................................

(diminta semua murid dan guru untuk bangun-ketika marhaban)
............

(Semua murid dan guru dipersilakan duduk.)

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan menjemput gb/GPK 1  En idris bin zakaria bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.dipersilakan...
..................
Terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi.
Seterusnya, marilah kita sama2 mendengar tazkirah aidilfitri yang akan disampaikan oleh ustazah siti norhanani bt sabar.dipersilakan...
...................
Terima kasih diatas tazkirah aidilfitri yang disampaikan oleh ustazah siti norhanani itu tadi semoga kita semua mendapat manfaat darinya..
Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini dengan beberapa persembahan istimewa daripada murid-murid tahun 5 yang mengambil bahagian.
-          Persembahan pertama  merupakan deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh

1.       ...................................................... dari tahun 5....................
2.       ......................................................dari tahun 5.....................
Dengan sajak yang masing-masing bertajuk 
1.       ....................................................
2.       ....................................................

-          Dan Kemudian akan diikuti dengan persembahan nyanyian lagu daripada murid-murid tahun 5 usm yang bertajuk..............................................................
Dipersilakan....
.............................

Ralat:
 majlis kita diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada ......................................................
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Dengan berakhirnya persembahan/penyampaian duit raya itu tadi maka berakhirlah majlis sambutan aidilfitri 2010 peringkat sk lktp pasir raja. Sebelum bersurai dijemput  semua murid dan guru  untuk menikmati jamuan hari raya yang telah disediakan.
                                  

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
p/s:( Untuk itu cikgu akan panggil murid mengikut kelas untuk beratur mengambil makanan di belakang dewan ini...baiklah pra sekolah dan pendidikan khas boleh bangun, bwak bekas makanan dan minuman kamu dan pergi  ke belakang dewan....)