Sabtu, 14 Mei 2011

~TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA SKPR 2010 ~

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA SKPR 2010

ALU-ALUAN:
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM W.B.T
YG BERUSAHA, 
EN A RAHIM BIN ABDUL ( GURU BESAR SK PASIR RAJA)
YANG DIHORMATI,
EN. IDRIS BIN ZAKARIA  (PENOLONG KANAN 1)
EN . JAAFAR BIN MASUAN ( PENOLONG KANAN HEM,)
EN . JOHAN@ABD RAHMAN BIN SURADEI (PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.)
RAKAN-RAKAN GURU , DAN MURID-MURID SEKALIAN…
ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI ,KERANA DI PAGI YG BERBAHAGIA DAN CERIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA BAGI TAHUN 2010.
SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM ,KEMPEN BULAN MEMBACA TELAH DIMULAKAN SEJAK TAHUN 1972. KEMUNCAK KEPADA KEMPEN TERSEBUT IALAH PENGISTIHARAN TAHUN 1988 SEBAGAI TAHUN MEMBACA. PADA SETIAP TAHUN PULA DIADAKAN KEMPEN BULAN MEMBACA  IAITU BULAN JULAI BULAN MEMBACA.

NYANYIAN  3 LAGU WAJIB
SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT HADIRIN SEKALIAN UNTUK BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU, LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH.
.............................
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN 3 BUAH LAGU ITU TADI.

BACAAN DOA
BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, DIJEMPUT  USTAZ KHAIRUL HELMI BIN KATIP UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN........

AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

UCAPAN PENYELARAS PROGRAM

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK LAILATUL AKHMA BT ABD MALEK, PENYELARAS PROGRAM KEMPEN MEMBACA SK PASIR RAJA 2010,  UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

..........................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIK LAILATUL AKHMA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

UCAPAN PENGERUSI
MAJLIS SETERUSNYA MEMPERSILAKAN EN IDRIS BIN ZAKARIA (GURU PENOLONG KANAN 1) MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MAJLIS PERASMIAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA 2010 .DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
...........................
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN IDRIS BIN ZAKARIA DI ATAS UCAPANNYA ITU TADI.

UCAPAN PERASMIAN (GB)
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN TN. GURU BESAR SK PASIR RAJA, EN. A. RAHIM BIN ABDUL UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA 2010. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN TUAN.

........................................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI.



PROGRAM 5 MINIT MEMBACA

HADIRIN SEKALIAN, ATURCARA DITERUSKAN LAGI DENGAN  PROGRAM 5 MINIT MEMBACA. UNTUK ITU DIJEMPUT

 ADIK.......................... ...........................................

DARI TAHUN.........................................................................................

DENGAN TAJUK PETIKAN CERITA.................................................................................

DIPERSILAKAN.

...............................................


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK............................................................

SETERUSNYA, DIJEMPUT

ADIK.....................................................................................

DARI TAHUN...........................................................................

TAJUK PETIKAN CERITA........................................................

 DIPERSILAKAN...

..............................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK............................................................


NYANYIAN ( LAGU TEMA KEMPEN) DAN PENUTUP


DENGAN BERAKHIRNYA PERSEMBAHAN MEMBACA 5 MINIT ITU TADI, MAKA SEMPURNALAH SUDAH MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BULAN MEMBACA PERINGKAT SK PASIR RAJA 2010.

SEBELUM KITA MENGAKHIRI MAJLIS PADA PAGI  INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI SEKALI LAGI UNTUK MENYANYIKAN LAGU TEMA BAGI KEMPEN BULAN MEMBACA PADA TAHUN INI IAITU “ MEMBACA GAYA WAWASAN”.
SEBAGAI PENGAKHIR KATA ..................
BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN
BUKU ADALAH PINTU DUNIA KESERONOKAN
BUKU ADALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN
BUKU ADALAH SAHABAT,AYUH MARI MEMBACA TERUS MEMBACA
MEMBACA ,BELAJAR,MENUNTUT DAN BERGURU SEPATUTNYA TIDAK PERNAH TERHENTI SEHINGGA NYAWA KITA TERHENTI.
DENGAN INI KITA AKHIRI MAJLIS KITA DENGAN MEMBACA TASBIH KIFARAH DAN SURAH AL-ASR .


 (MURID MASUK KE KELAS MENGIKUT BARISAN)








2 ulasan:

  1. mai kongsi ilmu..........

    BalasPadam
  2. sebenarnya dlm setiap teks ada jugak aku amik kata-kata dari teks juruacara yang aku dpt dari internet..tq kpada sumber tersebut.

    BalasPadam