Sabtu, 14 Mei 2011

~Teks juruacara Hari Anugerah Kecemerlang SKPR 2010~

Teks Pengacaraan Hari Anugerah Cemerlang 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera, Salam satu malaysia, Salam ukhwah mahabbah...
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Yang Berbahagia,En..................................................................................),
Yang Berusaha, En. A.Rahim Bin Abdul, Guru Besar SK LKTP Pasir Raja,
Yang Berusaha, En. Aris Bin Mohd.Nor, Yang Dipertua P.I.B.G,
Yang Dihormati, En. .................................................................................................................., Pengurus FELDA Pasir Raja.
Kami selaku wakil pihak majlis pada hari ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat Khususnya Yang Berbahagia................................................................... kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada pagi  ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, dilimpahi barakah bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah Kebangsaan LKTP Pasir Raja Tahun 2010. Hari ini, tanggal 19 November 2010, kita semua akan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah pada tahun ini.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar serta beberapa anugerah khas yang lain. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri para pelajar ini.

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada Yang Esa bersama wakil kita pada hari ini iaitu Yang Mulia Ustaz.......................................................... . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.
Bacaan doa....
Terima kasih diatas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini diberkati hendaknya segala hasrat yang direncana insyaallah.
Hadirin dan hadirat sekalian, agenda majlis kita pada hari ini diteruskan dengan ucaptama daripada yang berusaha, En. Aris bin Mohd. Noor, selaku YDP PIBG Sk LKTP Pasir Raja..Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan YDP PIBG...........

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En mohd.Aris bin mohd. Noor selaku YDP PIBG SK LKTP Pasir Raja.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha En. A. Rahim Bin Abdul, Guru Besar SK LKTP Pasir Raja bagi menyampaikan sepatah dua kata, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Ucapan GB..................

Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang diluahkan tadi menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama

Aturcara majlis seterusnya dengan berbesar hati mempersilakan
Yang Berbahagia, En..............................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................., bagi menyampaikan ucapannya sekaligus menyempurnakan perasmian ‘Majlis Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 ~UCAPAN PERASMIAN~
Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Ismail bin Dahlan selaku tetamu jemputan khas majlis pada hari ini.
PANTUN: Indah budi kerna jasa,
   Indah manusia kerna bahasa,
   Budimu tuan tidak dilupa,
   Semoga bahagia melimpah berkatNya....
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kami kepada Yang Berbahagia, En.Ismail bin Dahlan kerana telah sudi hadir dan menyerikan lagi acara perasmian ‘‘Majlis Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput
Yang Berusaha En. A.Rahim bin Abdul, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pasir Raja diiringi oleh Yang Berusaha, En. Mohamad Aris bin Mohamed Noor, Yang Dipertua P.I.B.G untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan agenda.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Ismail bin Dahlan untuk menerima tanda penghargaan daripada pihak majlis...dipersilakan.
~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. A.Rahim Bin Abdul, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pasir Raja dan Yang Berusaha En. Mohamad Aris Bin Mohamed Noor, Yang Dipertua P.I.B.G kerana telah sudi menyempurnakan acara penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin sekelian,

Majlis kita ketika ini akan diserikan dengan persembahan istimewa yang akan dipersembahkan oleh kumpulan murid daripada Tahun 6. Mereka akan menyampaikan dua buah lagu yang bertajuk 1.................................................................................................................................................................2................................................................................................................................................................Majlis dengan sukacitanya mempersilakan...
~NYANYIAN~
Begitulah asyiknya persembahan daripada murid-murid tahuni 6 itu tadi. Persembahan menarik itu tadi adalah di bawah pimpinan Cik Rajifah binti Jailan.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah Sekelian, Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua calon yang telah berjaya mencatat kecemerlangan saban tahun ini untuk menerima anugerah masing-masing. Bagi memenuhi impian calon-calon ini, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan...................................................................................................................................................................................................................................................................................................
bagi menyempurnakan acara Penyampaian Hadiah Pencapaian Akademik Terbaik 2010.
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada .......................................................................... kerana sudi menyempurnakan agenda sebentar tadi.
Seterusnya, akan disampaikan pula hadiah bagi Pencapaian Matapelajaran Terbaik dalam Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini. Dengan ini dijemput ...................................................................................... bagi menyampaikan anugerah ini. ini. Dengan ini majlis menjemput 1..................................................................................................................................................................................
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ...................................................... kerana telah sudi menyampaikan anugerah bagi kategori ini.
Selain daripada hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, pihak sekolah juga turut menyediakan hadiah dan penghargaan kepada murid-murid yang telah banyak membantu para guru dalam melicinkan lagi pentadbiran sekolah iaitu terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua-Ketua Kelas. Mereka ini digambarkan sebagai mata, telinga dan tangan kiri kepada para guru di sekolah ini. Bagi menyempurnakan  acara ini , majlis dengan berbesar hati menjemput.........................................................................
.....................................................................................untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil-sijil penghargaan.
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Majlis  dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian ..................................... kerana menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan itu tadi.
Seterusnya majlis dengan sukacita mengajak hadirin-hadirat sekelian untuk bersama-sama menyaksikan
~PERSEMBAHAN~
Persembahan yang begitu mengasyikkan itu tadi adalah di bawah kelolaan............................................................................................................
Warga dewan sekelian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus tauladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ianya akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas yang telah disusun, pihak majlis pada hari ini berbesar hati mempersilakan .......................................................................... untuk naik ke pentas.
 -Lampiran akhlak mulia thp 1-
 Tahniah diucapkan kepada adik....................
-Lampiran akhlak mulia thp 2-
Adalah diharapkan kedua-dua anak ini dapat menjadi contoh kepada murid-murid yang lain...insyaAllah...
 -Lampiran anugerah khas ko-kurikulum....
 -Lampiran Pencapaian istimewa....
 -Lampiran murid contoh.....
Hadirin sekelian, Seramai ............ orang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R) tahun ini. Oleh yang demikian, pihak majlis sukacitanya mempersilakan murid-murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah sekaligus mengukir kejayaan dalam diari hidup masing-masing.
~PENYAMPAIAN ANUGERAH~
Pihak majlis sekali lagi menyusun ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia, En. Zakaria B. Ismail kerana telah sudi menyampaikan anugerah-anugerah ini.

PANTUN: Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan....
Bagi meneruskan acara kita pada petang ini, pihak majlis seterusnya mempersilakan murid-murid daripada Tahun 6 sekali lagi mempersembahkan.............................................................
Majlis dengan ini mempersembahkan......
~PERSEMBAHAN~
Persembahan itu tadi merupakan hasil sentuhan kreatif ........................................................ Pihak majlis juga turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih dengan persembahan yang begitu menghiburkan itu tadi. Dengan berakhirnya alunan koir itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik......................

1 ulasan:

  1. untuk kwn2 di luar sana yg tgh pening pk nk buat teks juruacara untuk pelbagai majlis sekolah terutamanya..jom...kongsi ilmu...

    BalasPadam