Selasa, 29 Mac 2011

~Bila ujian datang melanda~

Jika Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi maka tiada yang mustahil bagiNya...

Semalam ( 28 Mac 2010-Isnin) mungkin adalah tarikh yang akan paling diingati oleh Kak mimi dan suaminya serta Yus..kerana pada tarikh itu segalanya terjadi...Kak mimi dan suami terlibat dengan kemalangan dekat dengan simpang Felda Sibol akibat tayar keretanya meletup sewaktu memotong kereta lain dan kereta kak mimi terbabas masuk gaung kecil kat kebun kelapa sawit dalam perjalanan nak pergi sekolah. Kalau ikut cerita kak mimi, semua cermin kereta dia pecah dan laki dia tercampak kuar dari tingkap...kesian. Laki dia cedera agak teruk kat dada dan pinggang dan kena tahan kat wad. Kak mimi patah jari kelingking kaki dan lebam2 badan tak kena tahan wad. Kesian baru je dapat baby fayyad 13 hari dan baru satu malam tidur kat umah sendiri dan jadi macam ni...tapi dah takdir kenalah terima.

Yang Yus pun tak kurang hebatnya ujian diterima...anaknya si Hanzalah tu tak boleh nafas pepagi tu dan dikejarkan ke hospital. kemudian kena tahan wad sebab kena jangkitan kuman kat paru-paru...tabahlah raka-rakanku...Aku juga sedang diuji..ditinggalkan sorang2 menguruskan kelas menguji kewibawaanku...semoga segalanya berjalan dengan lancar...Allah sentiasa menguji insan yang dikasihiNya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan