Sabtu, 19 Februari 2011

~Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKPR 2011~

TEKS JURUACARA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
SK LKTP PASIR RAJA

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Encik Abdul Rahman bin Mohd.Amin, pengurus felda pasir raja.
…………………………

Dijemput semua hadirin, para ibu bapa dan guru untuk ke dewan tertutup sk lktp pasir raja untuk menunaikan solat maghrib dan solat hajat.
…………………………………
Dijemput dif-dif kehormat, para ibu bapa dan guru untuk mengambil tempat didewan terbuka sk lktp pasir raja kerana majlis kita akan dimulakan sebentar lagi. (semua tetamu mengambil tempat)
………………………………..
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Yang berbahagia Encik Abdul Rahman bin Mohd.Amin, pengurus felda pasir raja
Encik Mohd Aris bin Mohd Nor,YDP pibg sk lktp pasir raja sesi 2010
………………………………………………………………………………………………………
Yang berusaha Encik A Rahim bin abdul, guru besar sk lktp pasir raja
Yang dihormati Encik Idris bin Zakaria, gpk 1 sk lktp pasir raja,
Encik Jaafar bin Masuan gpk hal ehwal murid sk lktp pasir raja dan
Encik Johan @ Abd.Rahman bin Suradei, gpk kokurikulum sk lktp pasir raja, guru-guru, ajk pibg sesi 2010, para ibu bapa, para penerima anugerah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah kita sama-sama menghadirkan diri ke majlis mesyuarat agung pibg kali ke-37 , sk lktp pasir raja. Kami warga sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.




BACAAN DOA
Bagi menambah keberkatan majlis, Dengan  ini  dijemput Encik khairul helmi bin Katip untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-DOA-

Amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta dilindungi oleh Allah S.W.T, Insya Allah. Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Khairul Helmi bin Katip.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang berusaha Encik A Rahim bin Abdul, guru besar sk lktp pasir raja untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

UCAPAN GB

Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan guru besar di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan yang berbahagia Encik Mohd Aris bin Mohd Nor, YDP pibg sesi 2010, sk lktp pasir raja untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN YDP

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Encik Mohd Aris bin Mohd Nor di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia Encik Abdul Rahman bin Mohd. Amin, pengurus felda pasir raja untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis mesyuarat agung pibg kali ke-37, sk lktp pasir raja. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang berbahagia Encik Abdul Rahman bin Mohd.Amin di atas ucapan perasmian itu tadi. Semoga apa yang telah beliau sampaikan sebentar tadi akan menjadi panduan kepada kita  semua.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada penerima-penerima murid cemerlang UPSR 2010.

1)Untuk menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya menjemput tuan guru besar Encik A Rahim bin Abdul mengiringi yang berbahagia Encik Abdul Rahman bin Mohd. Amin, pengurus felda pasir raja untuk menyampaikan hadiah kepada para penerima. Dipersilakan.

Berikut dijemput murid-murid cemerlang UPSR 2010.

1.     1. ………………………………………………………………
2.   2.  ……………………………………………………………….


Menyusul adalah penyampaian sijil kepada ajk pibg sesi 2010 .

Dengan ini dipersilakan…..
1.     1.  …………………………………….
2     2  …………………………………….
3.   3.  …………………………………….


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia encik Abdul Rahman bin Mohd. Amin di atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil kepada para penerima. Sebagai tanda terima kasih,dijemput tuan guru besar untuk menyampaikan cenderahati kepada encik Abdul Rahman bin Mohd. amin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan guru besar kerana telah sudi menyampaikan cenderahati itu tadi. Dengan ini majlis menjemput semua tetamu VIP untuk menjamu selera di……

Seterusnya saya serahkan majlis kepada ................................. pibg sesi 2010, en................................................................................ untuk meneruskan majlis mesyuarat pibg kali ke-37 sk lktp pasir raja.dipersilakan…..


…………………………………….
(Bahagian hadiah handle)
Kita teruskan majlis kita pada malam ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan en. Abdul aziz bin abdul hamid untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini Saya mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

 Dengan ini majlis mempersilakan semua tetamu untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di kantin. Assalamualaikum..



~ seperti biasalah aku kn jd mc lagi...huhu...sib baik teks mjlis tahun2 sudah aku dah buat siap2 so juz edit ikut mjlis jelah....~






3 ulasan: