Jumaat, 26 Oktober 2012

TEKS MC MAJLIS SUKAN SEKOLAH


Teks Juru acara
Kejohanan Olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28

Bil
Acara
Dialog
Catatan
1
Umumkan ketibaan VIP

Paluan kompang
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia, En. Abd Rahman bin Mohd Amin, Pengurus Felda Pasir Raja, diiringi oleh
Yang Berusaha En. Jamaludin bin Shari, Yang dipertua PIBG SK LKTP Pasir Raja, bersama
Yang Berusaha, En. Md. Yunus bin Ramlan, Guru besar sk lktp psr raja,
ke Kejohanan Olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28.






2
Ucapan alu-aluan
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang kepada
Yang Berbahagia,En. Abd. Rahman bin Mohd. Amin Pengurus Felda Pasir Raja,
En. Jamaludin bin Shari, Yang Dipertua PIBG SK LKTP Pasir Raja,
Yang Berusaha, guru besar SK LKTP Pasir Raja, En. Md. Yunus bin Ramlan,
Yang dihormati, Pn. Nazah binti Salim, Guru Penolong Kanan 1, Sk LKTP Pasir Raja,
En. Jaafar bin Masuan, GPK Hal ehwal murid,
En. Abd. Latif bin Ma’an, GPK Ko-kurikulum,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK LKTP Pasir Raja, Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK LKTP Pasir Raja yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.


3
Perbarisan lintas hormat
Sebagai pembuka tirai kejohanan olahraga, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua pasukan yang mengambil bahagian.


4
Menjemput VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan
Dengan itu, Kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Abd Rahman bin Mohd. Amin untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

(marching song)






5
Perbarisan Bendera kejohanan
Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd. Firdaus bin Rosli.




6
Pra sekolah
Kontinjen seterusnya adalah merupakan murid-murid Pra Sekolah yang terdiri daripada 22 orang murid di bawah bimbingan Pn. Fauziah binti Alias dan Pn. Zuraidah bt. Bahran.

7
Perbarisan Rumah Merah
Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Merah dengan mottonya ‘ Merah Mara Menang’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Adha bin Samsul …………………………………dan dianggotai seramai 64 orang peserta.

8
Perbarisan Rumah Biru
Seterusnya ialah pasukan dari rumah Biru yang dianggotai seramai 64 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘Biru Gagah Berani’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd. Ikhmal bin Ismail.




9
Perbarisan Rumah Kuning
Kontinjen yang terakhir ialah pasukan rumah Kuning dengan mottonya ‘ Kuning Gagah Perkasa, Pasti Jadi Juara’. Kontinjen ini diketuai oleh adik ………………………………….dan disertai seramai 64 orang peserta.








 …………………………
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Abd Rahman bin Mohd. Amin kerana sudi menerima tabik hormat dari peserta perbarisan.

10
Bacaan Doa
Kejohanan olahraga SK Pasir Raja kali ke-28 diteruskan dengan mempersilakan Ustaz KhairulHelmi bin Katip untuk mengetuai dan memimpin bacaan doa. Dipersilakan ustaz.
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz KhairulHelmi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya Allah.

11
Ucapan alu-aluan oleh Guru besar
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha guru besar SK Pasir Raja, En. Md. Yunus bin Ramlan. Dipersilakan.

……………..

Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

12
Ucapan  perasmian
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Abd. Rahman bin Mohd. Amin, Pengurus Felda Pasir Raja, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28.  Dipersilakan tuan.
……………………
(bunyi dram perasmian)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En. Abd. Rahman bin Mohd. Amin di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28.














13
Upacara menaikkan bendera
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan olahraga . untuk itu dipersilakan wakil pasukan pengakap sekolah untuk melakukan upacara mengibarkan bendera kejohanan.
…………..

Berkibarlah sudah bendera kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28.

14
Menjemput pembawa bendera mengiringi pembaca ikrar

Lafaz ikrar kejohanan
Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera pasukan maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Imran Hakeem bin Sulaiman.

………

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

15
Perbarisan Keluar padang
Majlis diteruskan dengan perbarisan keluar padang oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

(marching song).
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

16
Acara balapan
Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara kejohanan olahraga SK LKTP PAsir Raja kali ke-28.
Acara balapan pada pagi ini dimulakan dengan acara
* 80 meter – Pra sekolah lelaki.
Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1 (no. Peserta) : ( nama peserta) (rumah)
Lorong 8 (no.peserta)  : ( nama peserta) (rumah)
Sekarang marilah sama-sama kita saksikan acara
* 80 meter – pra sekolah lelaki
………………………………………………………..
Demikian tadi berakhirnya acara
* 80 meter – pra sekolah lelaki.

Acara

 80m-pra L(100)
 80m-pra P(101)
 80m-L8(102)
 80m-P 8(103)
 100m-L10(104)
 100m-P10(105)
 100m-L12(106)
 100m-P12(107)


17
Penyampaian hadiah (1)



Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, acara akhir Padang telahpun diadakan pada 20 Oktober yang lalu.
Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan guru besar, En. Md. Yunus bin Ramlan mengiringi yang berbahagia En. Abd.Rahman bin Mohd. Amin untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…dari rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Abd.Rahman bin Mohd. Amin kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En. Md. Yunus bin Ramlan bagi menyampaikan cenderahati kepada En. Abd. Rahman bin Mohd. Amin di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Md. Yunus bin Ramlan kerana sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.
Lompat Jauh
       L – 8
       P-8
       L – 10
       P – 10
       L – 12
       P – 12

Lontar Peluru
       L -12
       P - 12












18
Acara Balapan





Kejohanan olahraga kali ke-28 disambung semula. Untuk itu marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada acara yang bakal berlangsung sebentar lagi iaitu acara

 *200m – ......
Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Lorong 8(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Sekarang marilah sama-sama kita saksikan acara
 *200m – ................
Demikian tadi berakhirnya acara   *200m- ................
Acara

(108)-200m-L 10
(109)-200m-P10
(110)-200m-L12
(111)-200m-P12





19
Penyampaian Hadiah(2)
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kejohanan olahraga berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara Rejam Lembing dan Baling Bola Lisut

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan  .............................. menyampaikan cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Rejam Lembing

        L – 12
        P – 12


Baling Bola Lisut

L- pra
P-pra
L-8
P-8



20

Acara balapan




Kejohanan olahraga kita pagi ini  diteruskan lagi dengan acara
Sukaneka pra sekolah iaitu acara Rebut Gula-gula. Untuk itu marilah sama-sama kita saksikan acara ini.
.............................
Demikian tadi berakhirnya acara rebut gula-gula pra sekolah.

Seterusnya ialah acara:
 *4 x 25m L8
Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Lorong 8(no peserta): (nama peserta (rumah)
Sekarang marilah sama-sama kita saksikan acara
*4 x 25m L8
Demikian tadi berakhirnya acara
 *4 x 25m L8




Acara
Sukaneka pra sekolah(112)



Acara
4x25m-L 8(113)
4x25m-P8(114)

4x200m-L10(115)
4x200m-P10(116)
4x200m-L12(117)
4x200m-P12(118)

21
Penyampaian hadiah (3)

Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara balapan.
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:
Nama:.....................
Jawatan:............................
Dengan diiringi oleh
(nama)...................
 (jawatan)........................
Dipersilakan tuan.
Bagi acara (nama acara)
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berusaha (nama) (jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Acara

50m-pra L(100)
 50m-pra P(101)
 80m-L8(102)
 80m-P 8(103)
100m-L10(104)
 100m-P10(105)
 100m-L12(106)
 100m-P12(107)


22

Acara balapan









Acara balapan diteruskan lagi dengan acara
 *4 x 100m L 10
Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Lorong 8(no peserta): (nama peserta (rumah)
Sekarang marilah sama-sama kita saksikan acara
 *4 x 100m L10
Demikian tadi berakhirnya acara
 *4 x 100m L10
Acara

4x100m-L10(119)
4x100m-P10(120)
4x100m-L12(121)
4x100m-P12(122)





23
Penyampaian hadiah(4)

Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara balapan
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan..
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
(nama)
(jawatan)
Dipersilakan tuan.

Bagi acara (nama acara)
Emas dimenangi oleh adik..dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik..dari rumah..
Gangsa dimenangi oleh adik..dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berusaha (nama) (jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampian hadiah.
Acara

 (108)-200m-L 10
(109)-200m-P10
(110)-200m-L12
(111)-200m-P12




24
Acara ibu bapa






Hadirin sekalian kita teruskan acara kita pada hari ini dengan acara yang dinanti-nanti iaitu acara khas sukaneka ibu bapa...

Diminta kepada semua peserta kategori ibu dan bapa untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.
.........................
Demikian tadi berakhirnya acara khas sukaneka kategori ibu dan bapa.












25
Penyampaian hadiah (5)



Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara balapan
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan..
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
(nama)
(jawatan)
Dipersilakan tuan.

Bagi acara (nama acara) sukaneka pra, Hadiah mengumpul gula-gula terbanyak (lelaki) dimenangi oleh adik...............................................................
Bagi hadiah mengumpul gula-gula terbanyak (perempuan) dimenangi oleh adik...................................

Seterusnya bagi acara :..............
Emas dimenangi oleh adik.....dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik.....dari rumah..
Gangsa dimenangi oleh adik.....dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang /berusaha (nama) (jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampian hadiah.
Acara
Sukaneka Pra sekolah(rebut gula-gula)

Acara
4x25m-L 8(113)
4x25m-P8(114)
4x200m-L10(115)
4x200m-P10(116)
4x200m-L12(117)
4x200m-P12(118)

26
Majlis penutupan kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6)




Berikutnya adalah majlis penutupan kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28. Semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing.
(marching song)
Seterusnya adalah majlis penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dijalankan.
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan
(Nama)En................................................
(jawatan)............................................................
dengan diiringi oleh
(nama) En.....................................................
(jawatan). Dipersilakan tuan.

Bagi acara (nama acara).
Emas dimenangi oleh adik....dari rumah....
Perak dimenangi oleh adik....dari rumah....
Gangsa dimenangi oleh adik....dari rumah....

Berikut adalah penyampian hadiah bagi kategori khas ibu dan bapa.
Hadiah bagi kategori ibu dimenangi oleh Pn....................
Hadiah bagi kategori bapa dimenangi oleh En..................
...................................................................................................................
Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Tunas Olahragawan kejohanan  iaitu adik................................................................
Penerima Anugerah Tunas Olahragawati kejohanan  iaitu adik................................................................
Penerima Anugerah Olahragawan harapan iaitu
adik..................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati harapan kejohanan iaitu adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:
 rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada:   rumah...........................
Dan Johan keseluruhan bagi kejohanan olahraga SKPR kali ke-28, jatuh kepada:   rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Acara

4x100m-L10(119)
4x100m-P10(120)
4x100m-L12(121)
4x100m-P12(122)



Acara

Sukaneka ibu dan bapa










27
Turun bendera kejohanan
Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini bendera kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Pasir Raja kali ke-28.
........................(turun bendera).
Seterusnya majlis menjemput en.................................................................... untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh Mohd. Firdaus bin S.Rosli. bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.
Terima kasih diucapkan kepada En.................................................... dan adik Mohd Firdaus bin S.Rosli.

28
Nyanyian lagu Negaraku
& Hip-hip Hooray.
Seterusnya kepada semua yang hadir, dipersilakan berdiri tegak untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
.................................................
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja pada kali ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan En. Abd. Aziz b. Abd. Hamid ke tengah padang dan melaungkan hip-hip hooray sebanyak 7 kali sebagai penutup kejohanan olahraga SK LKTP Pasir Raja kali ke-28. Dipersilakan.
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kesilapan teknikal tp tak mencacatkan majlis.
Tahun depan org lain plak MC...ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan