Khamis, 21 April 2011

~Anak Muridku~

Tahun ni memang tahun ujian bagi kami sekelas. Macam2 peristiwa duka telah singgah menyelubungi kelas kami. Bermula dengan kemalangan seorang cikgu kami, anak ppm kami yang ditahan di wad sebab jangkitan kuman, aku yang kena handle kelas hampir seminggu sorang2 dan terkini seorang murid kami, Hamizan jaafar disahkan menghidap penyakit leukimia...ya Allah...besarnya dugaan kami. Tak dapat aku bayangkan macamana perasaan emak dan ayah ijan, tambah lagi si Ijan tu...lagi la menderita. Aku sentiasa berdoa agar Ijan dan kami semua dipanjangkan usia oleh Allah s.w.t...Rasanya banyak dosa yang telah aku buat pada ijan...marah, denda, pukul(mengajar)...tapi hanya Allah yang tahu betapa aku sangat sayang semua anak murid aku. Takde beza...
Sekarang dia ditahan di wad kat hospital Kulai. Esok insya allah aku dan yus nak pegi melawat. Ya Allah berilah kekuatan pada Ijan, emak dan bapaknya dalam menempuhi ujian ini. Ijan anak istimewa yang sangat manis bila tersenyum, manja dan sangat takut dengan kesakitan hatta nak potong kuku pun mulut dia bising kata sakit...mungkin sebab daya tahan sakit dia yang semakin berkurang. Ijan...apapun terjadi cikgu sangat sayang pada Ijan...Ijan mesti janji dengan cikgu supaya rajin makan ubat supaya cepat sembuh...tapi ada ke ubat untuk penyakit tu?..apa pun hanya keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segalanya...Insya allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan