Khamis, 10 Mac 2011

~Minggu yang sibuk~

Hai...sejak akhir2 ni aku rasa sgt sibuk...Malam Isnin yang lepas mak mertua dan adik beradik hubby datang dr Pahang...kelam kabut jugak masak dan kemas umah..Bukanlah umah tu bersepah sgt tp biarlah nampak perfect sikit kan...Tapi kesianlah pulak diorang datang dengan keadaan kami yang sibuk bekerja. Hari isnin tu aku dan hubby kerja. Mak ngan ayah serta aidil balik Pahang pagi tu jugak sebab nak berubat kat n.9. Tinggallah Lina, Uji dan Haziq..tinggallah diorang kat rumah dengan kebosanan yang melampau. Malam tu hubby bawak kami semua g Danga Bay...tapi tak best jugak tak tau nak buat apa. kami bergambar ajelah...balik tu kami singgah makan kat Kulai pukul 12 malam. Aku pulak dah ngantuk sangat dengan sok pagi nak g sekolah lagi. Kami sampai umah kul 12.30 mlm..aku terus masuk tido..tak tahan beb mata..

Hari Selasa malam diorang balik pahang naik kereta api...kami hantar pukul 7 mlm lepas makan kat kedai 8 kati kat Kulai. Keretapi sampai kul 9 mlm lewat sejam. Lepas diorang balik aku terus balik umah. boleh tahan penat.

Minggu ni aku agak tension keje. Hari rabu kelas pendidikan khas kami dapat surat peringatan dari ppd sebab lambat isi maklumat data emis budak pk kat data emis sekolah. nasib baiklah kak mimi cekap leh settle this problem cepat. kalau aku tentu dah terkulat2 nak buat. takut kena marah dengan guru besar lagi..dah settle tu kak mimi g meeting kat smk indahpura pulak. mesyuarat sukan daerah. aku kena jd pengadil lontar peluru. panas tu...hem...dan lagi kena isi maklumat kokurikulum dalam web jpnj...kena hantar sebelum atau pada 11 mac 2011(esok)..pergh..kalut...harap2 leh settlekan. Dan tadi kami bergegas ke kulai beli siap uniform pengakap untuk guru dan murid2..kami warga pk kena masuk koko pengakap (adik bongsu)...mahal jugak uniform...pakai duit kelas dulu nanti dah gaji baru bayar balik. haru....ni pun baru balik sekolah..ya Allah berilah aku kekuatan menghadapi semua tanggungjawab ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan