Rabu, 21 Disember 2011

-CUTI SEKOLAH DATANG LAGI~

Sekejap aje masa berlalu. tup-tup dah pun akhir tahun. Sepanjang tahun ni memang banyak dugaan yang datang namun tetap jua tabah menghadapi. Tak berapa minggu lagi sesi persekolahan 2012 akan menjelma. so banyak persiapan yang sedang diatur secara peribadi dan secara berpasukan(rakan setugas).

Krismas akan datang ni aku dan suami akan bercuti ke KL. Macam kelakar aje kitorang nak pegi bercuti ke sana. Orang lain bercuti ke pulau lah, pusat peranginanlah, tapi kami ke tengah bandar. tak tau nak cari ape sebenarnya. tujuan utama nak pegi KLCC-Kinokuya book store. nak cari novel yang best2 terutama sekali novel ombak rindu. memang dah pernah baca novel tu tapi dah tak berapa ingat. Aku malas nak tengok movienya sebab tentu tak sebest baca novel. Kalau baca novel tu kita boleh create sendiri watak dala cerita tu ikut cara kita. Kalau kat film ni kadang2 pengarah tu buat tak sama macam kehendak pembaca. Haha...lebih kuranglah...emm type off...