Selasa, 29 Mac 2011

~Bila ujian datang melanda~

Jika Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi maka tiada yang mustahil bagiNya...

Semalam ( 28 Mac 2010-Isnin) mungkin adalah tarikh yang akan paling diingati oleh Kak mimi dan suaminya serta Yus..kerana pada tarikh itu segalanya terjadi...Kak mimi dan suami terlibat dengan kemalangan dekat dengan simpang Felda Sibol akibat tayar keretanya meletup sewaktu memotong kereta lain dan kereta kak mimi terbabas masuk gaung kecil kat kebun kelapa sawit dalam perjalanan nak pergi sekolah. Kalau ikut cerita kak mimi, semua cermin kereta dia pecah dan laki dia tercampak kuar dari tingkap...kesian. Laki dia cedera agak teruk kat dada dan pinggang dan kena tahan kat wad. Kak mimi patah jari kelingking kaki dan lebam2 badan tak kena tahan wad. Kesian baru je dapat baby fayyad 13 hari dan baru satu malam tidur kat umah sendiri dan jadi macam ni...tapi dah takdir kenalah terima.

Yang Yus pun tak kurang hebatnya ujian diterima...anaknya si Hanzalah tu tak boleh nafas pepagi tu dan dikejarkan ke hospital. kemudian kena tahan wad sebab kena jangkitan kuman kat paru-paru...tabahlah raka-rakanku...Aku juga sedang diuji..ditinggalkan sorang2 menguruskan kelas menguji kewibawaanku...semoga segalanya berjalan dengan lancar...Allah sentiasa menguji insan yang dikasihiNya...

Khamis, 17 Mac 2011

~Fantaghiro~

Mmuahahaaa...lagi satu cerita kegilaan aku...Fantaghiro..masa aku tengok cite ni aku dal tgkatan 1 kot...aku pun tak brapa nak ingat sgt..tapi memang ngah fenomena citer ni masa tu....kenapa aku suka tengok citer ni???...actually kalau tgk sinopsis citer ni aku pun mcm mlas nak layan..maklumlah citer perang zaman kuno..tapi ada beberapa sebab buat aku layan citer ni...


First..coz heroinnnya yang cun giler...tak kira masa dia jd tomboy  apatah lagi mase dia ayu as a women..

hahaha...kagumnye..hahaha. second..coz heronya yang teramat lah encem..hehehe


namanya Ramualdo...skali tgk memang tak lepas pandanglah...aku kalau tgk citer mesti nak hero ngan heroin sama cun, sama padan barulah bole layan..lau tak aku tgk kejap ajelah...tapi satu lagi watak yang buat aku puas hati giler kat citer ni watak jahatnye pun hensem jugak..ni yang buat aku setia menonton..haha sapa sagi lau bukan TARABAS...matanya memang betul2 helang punya mata..


Tapi bila aku wat survey..ramai kawan aku pun minat watak tarabas..ada plak yang terang2 kata antara tarabas ngan ramualdo depa pilih tarabas...haha..aku pun kadang2 terbabas jugak minat kat tarabas....best..best...huhu

Ahad, 13 Mac 2011

~Tahun Baru~

Rasanya masih belum terlewat untuk aku berceloteh tentang kisah suka duka selama setahun berada di tahun 2010. Lagipun ni baru bulan 3. Masih mood awal tahun lagi. Pejam celik  pejam celik tahun pun berganti jugak akhirnya. Setahun ada 365 hari..selama tu jugak aku mengira ntah berapa ratus kali aku jatuh tersungkur dalam percaturan hidup. Tapi aku gagahkan juga kaki melangkah hingga aku akhirnya mampu bersama-sama yang lain berdiri di tahun yang baru tahun yang masih segar tahun 2011.

Tentu orang akan tertanya-tanya apa benda yang buat aku jatuh tersungkur kan?..bukanlah jatuh tersungkur kat atas jalan tapi itu juz dari segi istilah kehidupan ini aje. Yelah..sepanjang tahun lepas tentu banyak kali juga aku menitiskan airmata..Banyak jugak perkara yang berlaku telah mengguris rasa, hati dan perasaan aku. Oh! Tuhan aku hanya manusia kerdil yang tak punya apa di dunia ini. Segalanya hanyalah pinjaman..namun dalam banyak benda yang Allah bagi pinjam pada aku cuma satu yang masih aku belum perolehi...apa dia?..biarlah rahsia

Namun aku tak pernah berputus asa..walaupun setahun yang lalu aku juga berharap seperti ini, namun hanya kehampaan yang aku perolehi, tapi ini tak akan melemahkan semangat aku menharunginya. Insya allah pasti ada jalannya...pasti ada hikmahnya...pasti ada hasilnya...Tuhan itu adil dan maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya dan masanya telah ditentukan olehNya jua..

Khamis, 10 Mac 2011

~Minggu yang sibuk~

Hai...sejak akhir2 ni aku rasa sgt sibuk...Malam Isnin yang lepas mak mertua dan adik beradik hubby datang dr Pahang...kelam kabut jugak masak dan kemas umah..Bukanlah umah tu bersepah sgt tp biarlah nampak perfect sikit kan...Tapi kesianlah pulak diorang datang dengan keadaan kami yang sibuk bekerja. Hari isnin tu aku dan hubby kerja. Mak ngan ayah serta aidil balik Pahang pagi tu jugak sebab nak berubat kat n.9. Tinggallah Lina, Uji dan Haziq..tinggallah diorang kat rumah dengan kebosanan yang melampau. Malam tu hubby bawak kami semua g Danga Bay...tapi tak best jugak tak tau nak buat apa. kami bergambar ajelah...balik tu kami singgah makan kat Kulai pukul 12 malam. Aku pulak dah ngantuk sangat dengan sok pagi nak g sekolah lagi. Kami sampai umah kul 12.30 mlm..aku terus masuk tido..tak tahan beb mata..

Hari Selasa malam diorang balik pahang naik kereta api...kami hantar pukul 7 mlm lepas makan kat kedai 8 kati kat Kulai. Keretapi sampai kul 9 mlm lewat sejam. Lepas diorang balik aku terus balik umah. boleh tahan penat.

Minggu ni aku agak tension keje. Hari rabu kelas pendidikan khas kami dapat surat peringatan dari ppd sebab lambat isi maklumat data emis budak pk kat data emis sekolah. nasib baiklah kak mimi cekap leh settle this problem cepat. kalau aku tentu dah terkulat2 nak buat. takut kena marah dengan guru besar lagi..dah settle tu kak mimi g meeting kat smk indahpura pulak. mesyuarat sukan daerah. aku kena jd pengadil lontar peluru. panas tu...hem...dan lagi kena isi maklumat kokurikulum dalam web jpnj...kena hantar sebelum atau pada 11 mac 2011(esok)..pergh..kalut...harap2 leh settlekan. Dan tadi kami bergegas ke kulai beli siap uniform pengakap untuk guru dan murid2..kami warga pk kena masuk koko pengakap (adik bongsu)...mahal jugak uniform...pakai duit kelas dulu nanti dah gaji baru bayar balik. haru....ni pun baru balik sekolah..ya Allah berilah aku kekuatan menghadapi semua tanggungjawab ini..

Jumaat, 4 Mac 2011

~Minggu Bertugas dan Minggu Anti Dadah~

Fening la ana punya kepala...next week (7 Mac 2011) aku bertugas. Sepatutnya aku bertugas dengan sorang lagi cikgu minggu depan ni, tapi cikgu  tu ada appoitment ngan doktor kat klinik  plak. Tinggal aku sorang2 handle. Kalau perhimpunan biasa takpe jugak...ni sekali ngan majlis sambutan minggu anti dadah..emm apa nak buat bukan dia sengaja nak datang lewat kan....tengoklah aku akan mintak tolong sesapa nanti untuk handle benda ni semua..semoga semuanya berjalan lancar insya allah....